Wednesday, January 2, 2013

Gosip Internet..Aku percaya pada mu 100% ?

Salam Celoteh.
Tajuk hari ini aku nak timbulkan mengenai internet.Zaman sekarang manusia dah terdedah dengan pelbagai info-info menarik,Kalau dilihat blogger sekarang,banyak isu mereka siarkan di blog,ada isu jenayah,ragam manusia pelik,dan isu politik tidak terlepas.
Kerana itu lahir nya blogger yang meluahkan pendapat mengenai isu-isu semasa.Tidak terkecuali yang menceritakan pengalaman,diari hidup dan pelbagai lagi.

Tapi 1 persoalan di sini,adakah semua sumber-sumber ini boleh dipercayai,?
apa yang diperhatikan manusia terutama di Malaysia mudah melatah apabila sesuatu isu ditimbulkan,

Pernah berlaku satu kes yang melibatkan artis tempatan,Heliza Ismail (aku peminat dia sebab mata dia bulat),tapi isu nya melibatkan hudud..Heliza tidak terniat untuk menghina hudud.Namun kesilapan majalah tersebut mengundang kemarahan beribu peminat nya tanpa menyiasat kebenaran nya.
source:http://www.fuhsantai.com/2011/10/fuh-heliza-helmi-artis-hina-hudud/

Heliza telah memperjelaskan keadaan sebenar dan lama kelamaan peminat yang terlanjur mengutuk dia meminta maaf kembali.

Majalah?Internet?Sengaja aku kaitkan 2 ini kerana apa yang aku nak ceritakan mentaliti masyarakat sekarang mudah percaya apa yang disampaikan.Sedangkan majalah masyarakat kita mudah percaya ,apatah lagi info dari internet.

Kita tidak tahu info yang disampaikan adakah sahih atau tidak tetapi kenapa masyarakat mudah sangat mempercayai info-info ini?Blog gossip(tidak perlu aku mention blog2 tersebut)dan kita sudah tahu gossip liar adakalanya merosakkan hubungan dan pemikiran orang lain sedangkan berita-berita gosip bukan lah semua benar tetapi penyiaran media-media yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan perpecahan dan ada juga penceraian.Nak duit kan?Tapi saham dosa.fikirkan lah.

Kadang-kadang info yang disampaikan oleh blogger2 tersebut mungkin orang yang kita sendiri tidak sangka walhal pemikiran kita menganggap blogger2 ini bijak,berijazah,pandai,ada ilmu(contoh sahaja).Lihat dialog di bawah.
copy paste dari Mr google.

Pendapat aku,apabila menilai sesuatu info,nilai sebetul-betul nya.Post aku ni pun kalau korang tak nak percaya pun aku tak kisah,dan korang leh analisis blog aku nih.Kalau ada silap,tegur-tegur lah aku,aku leh baiki.Seeloknya jangan mudah percaya.Bukan sahaja di alam IT tapi di dunia luar jugak kita kena berhati-hati.

p.s: bukan semua blogger gi tu ye..ada blogger yg jujur dan ikhlas dalam penyampaian isi nye.cam aku.wahahah..gurau je..




No comments:

Post a Comment