Salam.
Seperti biasa kita dapat mengetahui suasana tahun baru.Pada waktu inilah di Facebook kelihatan ramai mengeluarkan status,Selamat tahun baru,azam dia.dan pelbagai lagi ragam-ragam manusia.Tidak ketinggalan yang berpendirian agama dan iman(untuk islam),mereka juga menyambut tahun baru tetapi mengikut syiar-syiar islam.Aku juga semalam tidak ketinggalan bersama sahabat pergi menyambut tahun baru di Putrajaya anjuran AmBankGroup.
Keinsafan dan kelalaian.
AmBankGroup Ambang 2013
Semalam daripada apa yang dilihat dan diperhati di konsert Ambang 2013,aku dapat merasakan manusia ketika itu lalai dengan keseronokkan.Keadaan di sana agak meriah namun disebalik kemeriahan ada racun-racun maksiat yang bergelimang.Menurut sahabat aku,dia terlihat pasangan yang meraba-raba ketika konsert Awie.Dan aku juga ternampak pasang yang berpelukkan,berpegangan tangan.
Persepsi manusia menganggap itu adalah biasa.Iman dan Agama diketepikan demi keseronokkan anak-anak muda.Anda fikir sendiri ?Mungkin anak muda yang seronok dengan maksiat akan menentang post ini tapi hakikat nya itu lah perkara yang dimurkai Allah.Renungkan.
Aku join program ni tapi tidak terlalu ghairah sebab bagi aku yang best bunga api je.(leka la gak tu)lepas habis bunga api tu,bosan...malas nak layan konsert-konsert.
Dalam video ni,aku tak join pun.Tapi aku dapat rasakan suasana sambutan 2013 dipenuhi dengan keberkatan.Pandangan aku,Majlis sambutan ini dengan ceramah ilmu oleh Ustaz Azhar dilindungi oleh sayap-sayap malaikat (Sayap-sayap malaikat ni leh rujuk dalam hadis bukhari dan muslim,,aku tak tau sape perawi dia)Laungan Takbir dan Asmaalhusna berkumandang disitu tetapi dihati manusia-manusia penuh dengan keimanan.Tak mau celoteh lebih sebab kita leh tahu suasana keimanan itu dapat dirasai
p.s
Copy paste daripada member FB aku sorang ni dia kata
Sebelah menganjurkan program keagamaan, sebelah lagi menganjurkn program kemaksiatan.
Masing-masing boleh fikir yang mana akan mendatangkan kebaikan kita untuk dunia akhirat. Pilih pihak yang betul.
Masing-masing boleh fikir yang mana akan mendatangkan kebaikan kita untuk dunia akhirat. Pilih pihak yang betul.
Mungkin ada org kata "dia kata org,dia pun tak betul gak".tapi post daripada aku yang jahil nih sekurangnya mahu membuka hati manusia yang keras.Kalau kita dapat nasihat dari pelacur supaya solat,kita kena ikut.
Apa-apa pun doakan aku sentiasa dilindungi dan diberi hidayah,aku pun bukan baik mana pun.
Salam Celoteh.
:-P
No comments:
Post a Comment