Saturday, February 23, 2013

Politik oh politik

moh layan lagu undi lah.
Salam sejahtera,,saja aku buat tajuk nih.memandangkan pilihan raya makin hampir.Aku masih tak layak mengundi lagi sebab masih dalam proses pendaftaran.

Apa yang aku nak sampaikan sini,apabila nak berpolitik,berfikirlah secara matang untuk kepentingan semua,bukan kepentingan individu,dalam erti kata kita menyokong sesuatu parti mampu menguntungkan semua rakyat tanpa mengira bangsa,maknanya kalau di Malaysia,biarlah Melayu,Cina dan India,Kadazan,Iban,dan lain-lain lagi naik sama-sama kaya.Contohi pemerintahan Khalifah Umar Abd  Aziz mengkayakan semua rakyat nya.

Parti itu lah  kita perlu sokong untuk naikkan kehidupan rakyat.Dan kalau anda rasa Kanan itu mampu berikan segalanya undi la mereka.kalau kiri,bagi kemenangan mutlak.Itu hak masing-masing pengundi.Undi adalah hak tetapi diingatkan menipu dalam mengundi itu tidak halal selama-lama nya."

Jom undi lah demi Negara Malaysia.

Wednesday, January 9, 2013

Xperia™ Z -, LUMIA 920 Nice dan stail

Salam Celoteh.

Moh borak pasal handphone skit.hehe

Untuk pengguna2 iPhone dan Samsung yang ari-ari bergaduh tu,hahahah..(provoke),aku nak promote satu handphone favorite aku,sekarang ni aku pakai Xperia S.Sesiapa di sini rasa Iphone terbaik,SAMSUNG terbaik,sori lah,aku lebih kepada sony Xperia,,,hahahaha.....tak pun Nokia Lumia...




Setakat nih 2 handphone nih yang terbaik untuk aku.Lumia dan Xperia.

Kalau nak pilih Lumia,pilih Nokia Lumia 920
Dan kalau nak pilih Sony Xperia,pilih Xperia Z.

Semua yang baru2 aku cadangkan.

p.s: (mood provoke),Iphone dan samsung pandang sebelah mata ja lah.HTC??boleh la..hahahah



Sunday, January 6, 2013

JUARA AJL Aizat .

Salam Celoteh

Cuma aku nak ucapkan tahniah kepada Aizat yang menjuara AJL musim nih.Masing-masing ada rezeki.Menyanyikan lagu yuna dengan memegang cawan merah,bermisai,simple,menjadi kegilaan gadis-gadis di Malaysia.Juri pun mungkin terpikat dengan lagu yang bersahaja dan relak.


Kesimpulannya aku tak handsome.tu je lah.


http://www.youtube.com/watch?v=Itb0XA_2-hI&feature=share













Saturday, January 5, 2013

Islam diangkat,GURU & ULAMA no 1...

Salam celoteh sekali lagi,post terakhir sebelum saya beradu di toto kesayangan.

Apa yang aku dapat perhatikan sekarang,ramai anak muda sekarang sudah mula menunjukkan minat terhadap islam walaupun mereka jahil
Anak-anak muda semakin bijak dalam menilai baik dan buruk.Mereka sentiasa mencari ilmu akhirat walaupun sibuk dengan pelajaran,sibuk dengan kerja.

Kita boleh lihat banyak artis dah berubah sekarang,Pierrer andre,Bob lokman,Sham kamikaze,Abby abadi.

Kalau mereka mampu berhijrah ke arah lebih baik,bagaimana kita pula?

Ada juga yang masih mengangkat artis kesayangan sebagai no1 di dunia,bagi aku tak salah nak minat artis tapi kalau sampai kita lupakan agama ,lupakan Allah,lupakan semua nya hanya kerana artis kesayangan,adakah ia memadai?

Perkara ini aku titik beratkan kepada orang yang turut fanatik kepada Ulama-ulama,Guru tetapi tidak amalkan apa yang mereka ajar.Hanya memuji secara membabi buta tetapi apa bersendirian tidak amalkan apa yang diajar.Itu nama nya fanatik

Kesimpulannya,penghijrahan biarlah dibuat secara perlahan dan keazaman hati bukan hanya hendak menunggu hati itu ikhlas baru kita nak berubah ataupun tunggu seru.Sebab ajal bila-bila masa sahaja akan datang.
Dan Taksub,Fanatik yang berlebihan boleh merosakkan diri sendiri tidak kira pada sesiapa pun.

Sini aku print screen seorang peminat Ustaz Azhar Idrus dari FB Ustaz Azhar Idrus (Original)
Dia ni bukan peminat fanatik cam aku terangkan ye..takut anda salah tafsirkan pula..Dia ni peminat setia UAI.Aku rasa lah..hehe..agak2 je..nak tunjukkan dia mengangkat ulama-ulama ini sebagai no 1 dalam hidup dia.Harap apa yang UAI ajar dia amalkan untuk kehidupan.


Tahniah NAzrul Farhan sebab dapat reply dari UAI.aku pun cemburu

"Things Not to do in Masjid" Perkara yang tidak perlu dilakukan di Masjid

Salam Celoteh

"Things not to do in masjid"


Hari ini aku share 1 video yang amat bermanfaat.Sekurang-kurang nya ia menjadi panduan kita ke masjid atau surau,yang jarang turun ke masjid atau surau boleh mengambil ini sebagai panduan.(cucuk diri sendiri)

Dalam video ini diterangkan perkara yang tidak patut kita lakukan di masjid ataupun dikatakan tidak sopan.
Ia mengandungi unsur-unsur komedi tetapi diselitkan dengan penuh nasihat,Harap korang semua layan video ini dengan penuh perasaan.perghh,,,


p/s: Jangan tinggal solat.PEsan untuk diri sendiri.

Wednesday, January 2, 2013

Kisah manusia dimakan singa..

Salam Celoteh lagi

Alang-alang terlanjur nak singgah blog aku,moh aku share daripada youtube mengenai manusia dimakan singa.Pengajaran cerita nih,kalau nak bertindak sesuatu fikir masak-masak kut-kut korang nak pergi taman safari.Berani biar bertempat bukan berani bodoh.Okay selamat menonton video nih.



okay.Assalamualaikum.tatatat..tititit.,,,tutututut.



Gosip Internet..Aku percaya pada mu 100% ?

Salam Celoteh.
Tajuk hari ini aku nak timbulkan mengenai internet.Zaman sekarang manusia dah terdedah dengan pelbagai info-info menarik,Kalau dilihat blogger sekarang,banyak isu mereka siarkan di blog,ada isu jenayah,ragam manusia pelik,dan isu politik tidak terlepas.
Kerana itu lahir nya blogger yang meluahkan pendapat mengenai isu-isu semasa.Tidak terkecuali yang menceritakan pengalaman,diari hidup dan pelbagai lagi.

Tapi 1 persoalan di sini,adakah semua sumber-sumber ini boleh dipercayai,?
apa yang diperhatikan manusia terutama di Malaysia mudah melatah apabila sesuatu isu ditimbulkan,

Pernah berlaku satu kes yang melibatkan artis tempatan,Heliza Ismail (aku peminat dia sebab mata dia bulat),tapi isu nya melibatkan hudud..Heliza tidak terniat untuk menghina hudud.Namun kesilapan majalah tersebut mengundang kemarahan beribu peminat nya tanpa menyiasat kebenaran nya.
source:http://www.fuhsantai.com/2011/10/fuh-heliza-helmi-artis-hina-hudud/

Heliza telah memperjelaskan keadaan sebenar dan lama kelamaan peminat yang terlanjur mengutuk dia meminta maaf kembali.

Majalah?Internet?Sengaja aku kaitkan 2 ini kerana apa yang aku nak ceritakan mentaliti masyarakat sekarang mudah percaya apa yang disampaikan.Sedangkan majalah masyarakat kita mudah percaya ,apatah lagi info dari internet.

Kita tidak tahu info yang disampaikan adakah sahih atau tidak tetapi kenapa masyarakat mudah sangat mempercayai info-info ini?Blog gossip(tidak perlu aku mention blog2 tersebut)dan kita sudah tahu gossip liar adakalanya merosakkan hubungan dan pemikiran orang lain sedangkan berita-berita gosip bukan lah semua benar tetapi penyiaran media-media yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan perpecahan dan ada juga penceraian.Nak duit kan?Tapi saham dosa.fikirkan lah.

Kadang-kadang info yang disampaikan oleh blogger2 tersebut mungkin orang yang kita sendiri tidak sangka walhal pemikiran kita menganggap blogger2 ini bijak,berijazah,pandai,ada ilmu(contoh sahaja).Lihat dialog di bawah.
copy paste dari Mr google.

Pendapat aku,apabila menilai sesuatu info,nilai sebetul-betul nya.Post aku ni pun kalau korang tak nak percaya pun aku tak kisah,dan korang leh analisis blog aku nih.Kalau ada silap,tegur-tegur lah aku,aku leh baiki.Seeloknya jangan mudah percaya.Bukan sahaja di alam IT tapi di dunia luar jugak kita kena berhati-hati.

p.s: bukan semua blogger gi tu ye..ada blogger yg jujur dan ikhlas dalam penyampaian isi nye.cam aku.wahahah..gurau je..




Tuesday, January 1, 2013

Al kisah budak 13 Tahun....

Salam Celoteh
Baru saja 2013 ada kes mengenai budak 13 tahun nak rogol wanita.Macam biasa lah orang Malaysia,dapat berita sesuatu,terus share tanpa memikirkan apa perasaan ahli keluarga budak ini.Budak ini memang bersalah dan dia bertanggungjawab.Dan apabila difikirkan balik tak terfikir kah apa yang terjadi masa depan budak ini.Budak ini akan sentiasa dicemuh oleh masyarakat kita walhal dia masih muda.

Diizinkan apa dia sudah besar,mungkin ada "mulut-mulut binasa hati" yang mengata budak ini sedangkan mungkin pada masa akan datang dia akan berubah.

Nasihat aku tidak perlu kita share kes ini kepada orang ramai.Umur dia masih muda.Kita doakan dia berubah.Bukan Setakat doa malah dibimbing budak ini menjadi soleh.Taat pada perintah Allah.

source dari FB: oh media.

aku sensored kan lagi muka budak nih.Sekurang2 nya
aib budak ini terpelihara

Jangan disangka kita mengata orang  tetapi sampai suatu masa Allah membayar balik apa yang dirasai oleh ahli keluarga itu dan juga perasaan budak itu.

Sedikit pesanan aku untuk adik-adik dan juga yang dewasa,juga yang tua terutama lelaki,nafsu lelaki ini ada 1 dan 9 akal.1 nafsu itu lah fokus pada wanita yang kita sayang.Itu lah kurniaan Allah.Jadi kawal lah nafsu anda tu sebaik mungkin.Ini juga pengajaran untuk adik -adik kecil yang baru nak matang.Belajar dari pengalaman tapi jangan malukan keluarga anda.

Kata2 untuk Lelaki.Ingat Lelaki itu pemimpin.
Sedikit kata dari albert  einstein

sekian,salam,bye,tatatata,tititit...tutututut

2013..antara keinsafan dan kelalaian

Salam.
Seperti biasa kita dapat mengetahui suasana tahun baru.Pada waktu inilah di Facebook kelihatan ramai mengeluarkan status,Selamat tahun baru,azam dia.dan pelbagai lagi ragam-ragam manusia.Tidak ketinggalan yang berpendirian agama dan iman(untuk islam),mereka juga menyambut tahun baru tetapi mengikut syiar-syiar islam.Aku juga semalam tidak ketinggalan bersama sahabat pergi menyambut tahun baru di Putrajaya anjuran AmBankGroup.

Keinsafan dan kelalaian.
 AmBankGroup Ambang 2013



Semalam daripada apa yang dilihat dan diperhati di konsert Ambang 2013,aku dapat merasakan manusia ketika itu lalai dengan keseronokkan.Keadaan di sana agak meriah namun disebalik kemeriahan ada racun-racun maksiat yang bergelimang.Menurut sahabat aku,dia terlihat pasangan yang meraba-raba ketika konsert Awie.Dan aku juga ternampak pasang yang berpelukkan,berpegangan tangan.
Persepsi manusia menganggap itu adalah biasa.Iman dan Agama diketepikan demi keseronokkan anak-anak muda.Anda fikir sendiri ?Mungkin anak muda yang seronok dengan maksiat akan menentang post ini tapi hakikat nya itu lah perkara yang dimurkai Allah.Renungkan.

Aku join program ni tapi tidak terlalu ghairah sebab bagi aku yang best bunga api je.(leka la gak tu)lepas habis bunga api tu,bosan...malas nak layan konsert-konsert.

Ust Azhar Idrus, Pierre Andre dan Wan Zack Haikal Di ambang Malam Tahun 2013




Dalam video ni,aku tak join pun.Tapi aku dapat rasakan suasana sambutan 2013 dipenuhi dengan keberkatan.Pandangan aku,Majlis sambutan ini dengan ceramah ilmu oleh Ustaz Azhar dilindungi oleh sayap-sayap malaikat (Sayap-sayap malaikat ni leh rujuk dalam hadis bukhari dan muslim,,aku tak tau sape perawi dia)Laungan Takbir dan Asmaalhusna berkumandang disitu tetapi dihati manusia-manusia penuh dengan keimanan.Tak mau celoteh lebih sebab kita leh tahu suasana keimanan itu dapat dirasai

p.s

Copy paste daripada member FB aku sorang ni dia kata

Sebelah menganjurkan program keagamaan, sebelah lagi menganjurkn program kemaksiatan. 

Masing-masing boleh fikir yang mana akan mendatangkan kebaikan kita untuk dunia akhirat. Pilih pihak yang betul.



Mungkin ada org kata "dia kata org,dia pun tak betul gak".tapi post daripada aku yang jahil nih sekurangnya mahu membuka hati manusia yang keras.Kalau kita dapat nasihat dari pelacur supaya solat,kita kena ikut.

Apa-apa pun doakan aku sentiasa dilindungi dan diberi hidayah,aku pun bukan baik mana pun.
Salam Celoteh.

:-P