Saturday, February 23, 2013

Politik oh politik

moh layan lagu undi lah.
Salam sejahtera,,saja aku buat tajuk nih.memandangkan pilihan raya makin hampir.Aku masih tak layak mengundi lagi sebab masih dalam proses pendaftaran.

Apa yang aku nak sampaikan sini,apabila nak berpolitik,berfikirlah secara matang untuk kepentingan semua,bukan kepentingan individu,dalam erti kata kita menyokong sesuatu parti mampu menguntungkan semua rakyat tanpa mengira bangsa,maknanya kalau di Malaysia,biarlah Melayu,Cina dan India,Kadazan,Iban,dan lain-lain lagi naik sama-sama kaya.Contohi pemerintahan Khalifah Umar Abd  Aziz mengkayakan semua rakyat nya.

Parti itu lah  kita perlu sokong untuk naikkan kehidupan rakyat.Dan kalau anda rasa Kanan itu mampu berikan segalanya undi la mereka.kalau kiri,bagi kemenangan mutlak.Itu hak masing-masing pengundi.Undi adalah hak tetapi diingatkan menipu dalam mengundi itu tidak halal selama-lama nya."

Jom undi lah demi Negara Malaysia.

Wednesday, January 9, 2013

Xperia™ Z -, LUMIA 920 Nice dan stail

Salam Celoteh.

Moh borak pasal handphone skit.hehe

Untuk pengguna2 iPhone dan Samsung yang ari-ari bergaduh tu,hahahah..(provoke),aku nak promote satu handphone favorite aku,sekarang ni aku pakai Xperia S.Sesiapa di sini rasa Iphone terbaik,SAMSUNG terbaik,sori lah,aku lebih kepada sony Xperia,,,hahahaha.....tak pun Nokia Lumia...




Setakat nih 2 handphone nih yang terbaik untuk aku.Lumia dan Xperia.

Kalau nak pilih Lumia,pilih Nokia Lumia 920
Dan kalau nak pilih Sony Xperia,pilih Xperia Z.

Semua yang baru2 aku cadangkan.

p.s: (mood provoke),Iphone dan samsung pandang sebelah mata ja lah.HTC??boleh la..hahahah



Sunday, January 6, 2013

JUARA AJL Aizat .

Salam Celoteh

Cuma aku nak ucapkan tahniah kepada Aizat yang menjuara AJL musim nih.Masing-masing ada rezeki.Menyanyikan lagu yuna dengan memegang cawan merah,bermisai,simple,menjadi kegilaan gadis-gadis di Malaysia.Juri pun mungkin terpikat dengan lagu yang bersahaja dan relak.


Kesimpulannya aku tak handsome.tu je lah.


http://www.youtube.com/watch?v=Itb0XA_2-hI&feature=share













Saturday, January 5, 2013

Islam diangkat,GURU & ULAMA no 1...

Salam celoteh sekali lagi,post terakhir sebelum saya beradu di toto kesayangan.

Apa yang aku dapat perhatikan sekarang,ramai anak muda sekarang sudah mula menunjukkan minat terhadap islam walaupun mereka jahil
Anak-anak muda semakin bijak dalam menilai baik dan buruk.Mereka sentiasa mencari ilmu akhirat walaupun sibuk dengan pelajaran,sibuk dengan kerja.

Kita boleh lihat banyak artis dah berubah sekarang,Pierrer andre,Bob lokman,Sham kamikaze,Abby abadi.

Kalau mereka mampu berhijrah ke arah lebih baik,bagaimana kita pula?

Ada juga yang masih mengangkat artis kesayangan sebagai no1 di dunia,bagi aku tak salah nak minat artis tapi kalau sampai kita lupakan agama ,lupakan Allah,lupakan semua nya hanya kerana artis kesayangan,adakah ia memadai?

Perkara ini aku titik beratkan kepada orang yang turut fanatik kepada Ulama-ulama,Guru tetapi tidak amalkan apa yang mereka ajar.Hanya memuji secara membabi buta tetapi apa bersendirian tidak amalkan apa yang diajar.Itu nama nya fanatik

Kesimpulannya,penghijrahan biarlah dibuat secara perlahan dan keazaman hati bukan hanya hendak menunggu hati itu ikhlas baru kita nak berubah ataupun tunggu seru.Sebab ajal bila-bila masa sahaja akan datang.
Dan Taksub,Fanatik yang berlebihan boleh merosakkan diri sendiri tidak kira pada sesiapa pun.

Sini aku print screen seorang peminat Ustaz Azhar Idrus dari FB Ustaz Azhar Idrus (Original)
Dia ni bukan peminat fanatik cam aku terangkan ye..takut anda salah tafsirkan pula..Dia ni peminat setia UAI.Aku rasa lah..hehe..agak2 je..nak tunjukkan dia mengangkat ulama-ulama ini sebagai no 1 dalam hidup dia.Harap apa yang UAI ajar dia amalkan untuk kehidupan.


Tahniah NAzrul Farhan sebab dapat reply dari UAI.aku pun cemburu

"Things Not to do in Masjid" Perkara yang tidak perlu dilakukan di Masjid

Salam Celoteh

"Things not to do in masjid"


Hari ini aku share 1 video yang amat bermanfaat.Sekurang-kurang nya ia menjadi panduan kita ke masjid atau surau,yang jarang turun ke masjid atau surau boleh mengambil ini sebagai panduan.(cucuk diri sendiri)

Dalam video ini diterangkan perkara yang tidak patut kita lakukan di masjid ataupun dikatakan tidak sopan.
Ia mengandungi unsur-unsur komedi tetapi diselitkan dengan penuh nasihat,Harap korang semua layan video ini dengan penuh perasaan.perghh,,,


p/s: Jangan tinggal solat.PEsan untuk diri sendiri.

Wednesday, January 2, 2013

Kisah manusia dimakan singa..

Salam Celoteh lagi

Alang-alang terlanjur nak singgah blog aku,moh aku share daripada youtube mengenai manusia dimakan singa.Pengajaran cerita nih,kalau nak bertindak sesuatu fikir masak-masak kut-kut korang nak pergi taman safari.Berani biar bertempat bukan berani bodoh.Okay selamat menonton video nih.



okay.Assalamualaikum.tatatat..tititit.,,,tutututut.



Gosip Internet..Aku percaya pada mu 100% ?

Salam Celoteh.
Tajuk hari ini aku nak timbulkan mengenai internet.Zaman sekarang manusia dah terdedah dengan pelbagai info-info menarik,Kalau dilihat blogger sekarang,banyak isu mereka siarkan di blog,ada isu jenayah,ragam manusia pelik,dan isu politik tidak terlepas.
Kerana itu lahir nya blogger yang meluahkan pendapat mengenai isu-isu semasa.Tidak terkecuali yang menceritakan pengalaman,diari hidup dan pelbagai lagi.

Tapi 1 persoalan di sini,adakah semua sumber-sumber ini boleh dipercayai,?
apa yang diperhatikan manusia terutama di Malaysia mudah melatah apabila sesuatu isu ditimbulkan,

Pernah berlaku satu kes yang melibatkan artis tempatan,Heliza Ismail (aku peminat dia sebab mata dia bulat),tapi isu nya melibatkan hudud..Heliza tidak terniat untuk menghina hudud.Namun kesilapan majalah tersebut mengundang kemarahan beribu peminat nya tanpa menyiasat kebenaran nya.
source:http://www.fuhsantai.com/2011/10/fuh-heliza-helmi-artis-hina-hudud/

Heliza telah memperjelaskan keadaan sebenar dan lama kelamaan peminat yang terlanjur mengutuk dia meminta maaf kembali.

Majalah?Internet?Sengaja aku kaitkan 2 ini kerana apa yang aku nak ceritakan mentaliti masyarakat sekarang mudah percaya apa yang disampaikan.Sedangkan majalah masyarakat kita mudah percaya ,apatah lagi info dari internet.

Kita tidak tahu info yang disampaikan adakah sahih atau tidak tetapi kenapa masyarakat mudah sangat mempercayai info-info ini?Blog gossip(tidak perlu aku mention blog2 tersebut)dan kita sudah tahu gossip liar adakalanya merosakkan hubungan dan pemikiran orang lain sedangkan berita-berita gosip bukan lah semua benar tetapi penyiaran media-media yang tidak bertanggungjawab mengakibatkan perpecahan dan ada juga penceraian.Nak duit kan?Tapi saham dosa.fikirkan lah.

Kadang-kadang info yang disampaikan oleh blogger2 tersebut mungkin orang yang kita sendiri tidak sangka walhal pemikiran kita menganggap blogger2 ini bijak,berijazah,pandai,ada ilmu(contoh sahaja).Lihat dialog di bawah.
copy paste dari Mr google.

Pendapat aku,apabila menilai sesuatu info,nilai sebetul-betul nya.Post aku ni pun kalau korang tak nak percaya pun aku tak kisah,dan korang leh analisis blog aku nih.Kalau ada silap,tegur-tegur lah aku,aku leh baiki.Seeloknya jangan mudah percaya.Bukan sahaja di alam IT tapi di dunia luar jugak kita kena berhati-hati.

p.s: bukan semua blogger gi tu ye..ada blogger yg jujur dan ikhlas dalam penyampaian isi nye.cam aku.wahahah..gurau je..