Monday, December 31, 2012

(CT) Celoteh 2013


2013.
Selamat Tahun Baru.yeahh..aku azam nih..aku azam nak ada kereta baru.aku azam nak ada awek.aku nak azam nak dapt result bagus.
Macam-macam azam manusia 2013 ini.Aku pun dulu azam nak jadi baik.akhirnya ini juga diri aku.tak baik mana pun.Mungkin setampan Aaron aziz.Namun baru-baru ini aku tertarik satu status rakan FB aku,
"Tak payah duk nak azam baru la cek ...azam tahun dulu2 pun bertimbun tak buat2.."

#kata ustz Md Radzi Ismail :)
(maaf kerana copy paste)

Tak terfikir kah kita azam kita ini hanya dibuat atas dasar pengaruh orang ramai,bukan kerana diri sendiri.Sedangkan Azam tu bila-bila sahaja kita mampu lakukan.Kalau bulan 4, kita azam nak berubah jadi soleh,itu lah permulaan azam.Kenapa perlu tunggu tahun baru,baru niat azam anda?Kenapa?fikirkan balik.Renungkan.

(LGD) MFH Legend is back

Salam.Setahun aku berlalu.Setahun aku nyepi.Dan ini masa nya aku kembali ke realiti asal dimana perubahan 2013 bakal berlaku.
http://mfhfuture.blogspot.com/ (Kisah lama yang ditinggalkan)

Bagi aku cerita lama boleh diingat tapi dijadikan sebagai pengajaran hidup.Tak perlu lah diceritakan kehidupan kita secara detail.
Bak kata Pak "anuar ibrahim" Masa untuk berubah"tapi dia dengan versi politik nya.Versi untuk diri sendiri,perubahan mesti ada,bergantung pada individu tersebut,cepat atau lambat.

Aku perkenalkan diri aku.Kalau dalam dota 2,Cybertracker,aku dikenali hagemaru.Tapi dalam realti,nama aku Muhammad Fadhil Hanafi bin Moksim. Napi atau Padil.Itu sinonim dengan aku.Dalam post pertama aku ini,aku masih belajar di MMU,jurusan Digital Media.Raut wajah aku nampak muda ,16 tahun tapi hakikat nya aku masih berumur 23.

Faktor aku hidup balik di dunia blog bukan atas sebab seseorang,tapi dalam seminggu 2 minggu,3 minggu,aku tertarik banyak-banyak blog yang menyampaikan informasi.Blog yang selalu menjadi sumber permulaan inspirasi aku http://www.umarfaruq.com/."Blog sahabat aku". Diikuti blog Oh Media.my.
dan aku harap siapa baca blog aku ini,follow dan ikut perkembangan blog yang aku mention ini.Aku masih merangkak bayi,mereka sudah dewasa dalam mengendalikan blog.Lagi-lagi otai  aku Umar.
Jadi kalau ada galah tolong jolokkan,saya budak baru belajar,sila tunjuk ajar.

Insya Allah akan diupdate blog ini dengan lebih maju dan interaktif.Mungkin otai-otai ini mampu menolong aku.Merah menyala blog ini,tapi akan lebih menyala dan tersuluh di waktu akan datang.amin